Apakah Itu Al-Fateh Teguh Ent.?
Kami adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan muamalah Islam yang memenuhi syariat Islam. Perniagaan kami adalah berasaskan kepada keutamaan ilmu di mana kami menceburi bidang pendidikan yang merangkumi pendidikan di s
e
kolah dan untuk golongan profesional yang berkait rapat dengan bidang kejuruteraan dengan tertubuhnya sayap perniagaan kami iaitu
Al-Fateh Teguh Home Tuition.
Selain itu, kami menjalankan perniagaan berasaskan 'ONLINE MARKETING' di mana perniagaan atas talian yang melibatkan barangan yang terjamin kehalalannya dan mutu yang terbaik dengan harga yang amat menarik.
Alambiz.com adalah platform kami untuk perniagaan atas talian tersebut. Para pelanggan boleh melawat laman web tersebut sebagai mendukung kepada muamalah Islam.
Disamping itu, kami menawarkan khidmat konsultansi secara percuma kepada para pelanggan kami yang memerlukan sebuah polisi takaful di mana ianya dapat melindungi individu tersebut daripada masalah hutang, pelindungan kepada harta peninggalan kita, perlindungan kewangan kepada waris kita setelah kita tiada serta berasaskan konsep derma yang berterusan. Ianya juga mengamalkan konsep
'wakalah' di mana setiap peserta diwakilkan dirinya kepada syarikat yang akan memberi perlindungan kepada peserta.
Takaful Ikhlas Bhd. adalah sebuah syarikat yang memenuhi amalan syariat iaitu
'halalan toyyibah' di mana mengamalkan sepenuhnya muamalah Islam yang dipantau oleh Panel Syariah Suruhanjaya Sekuriti Bank Negara Malaysia.